Resepi Kek Pandan Gula Melaka

26-Februari-2018

29



Bahan-bahan:

Bahan kek

  • 150 gram tepung kek
  • 1 tbsp ovelet
  • 4 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1tspn pandan emulco
  • 1 tspn pandan paste
  • Sedikit esen vanila
  • 120 gram gula
  • 40 ml air
  • 30 ml susu cair
  • 70 ml minyak jagung
  • Sedikit pewarna hijau
  • Hawai coconut

Bahan gula melaka:

  • 1/2 cwn gula merah
  • 1/2 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • 1 tbsp tepung jagung

Cara penyediaan:

  • Masukkan kesemua bahan, kecuali susu cair dan minyak jagung. Putar hingga kembang
  • Kemudian masukkan susu cair dan minyak jagung, kacau rata menggunakan kaedah kaup balik
  • Bakar kek dengan loyang 8 inci selama 40 minit dan suhu 145-150 bergantung oven masing-masing
  • Sementara tunggu kek masak, masakkan gula melaka untuk dijadikan sos. Masukkan kan kesemua bahan kecuali tepung jagung
  • Apabila gula sudah cair, masukkan tepung jagung yang telah dicampur air terlebih dahulu. Sejukkan
  • Ambil kek yang telah sejuk dan potong kepada 4 bahagian.
  • Sapukan lapisan pertama dengan sos gula melaka, kemudian sapukan swiss maringue buttercream, dan taburkan hawai coconut.
  • Lapiskan dengan kek yang lain. Ulang hingga siap. Hias mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba.

sumber: Seminit Resepi by cookozara.com

Comments Facebook